Tuesday, April 27, 2021

PERPADUAN DI MALAYSIA - MPU21032

PERPADUAN DI MALAYSIA

  

PENGENALAN PERPADUAN DI MALAYSIA 

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik. Antaranya ialah Melayu, cina, india, kadazan-dusun, iban dan lain-lain. Dengan penduduk yang pelbagai budaya ini, perpaduan etnik atau sebaliknya sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini. Oleh kerana wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara ini, maka timbulah pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik. Boleh dikatakan bahawa perkauman akan sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan darah. 

Berdasarkan kepada peristiwa 13 Mei, beberapa perkara penting yang perlu dipandang serius dalam membina negara bangsa yang bersatu padu. Dalam hal ini, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan  antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.


  MAKSUD PERPADUAN    
Definisi perpaduan adalah hubungan atau kerjasama yang dilahirkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti. Malaysia merupakan negara berbilang kaum yang terkenal dengan kehidupan aman dan harmoni. Tiga kaum utama di Malaysia adalah Melayu, Cina dan India.


  CABARAN UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN DI  MALAYSIA  
Kita dapat lihat bahawa bukan senang untuk mengekalkan perpaduan di Malaysia. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini telah menjadi satu cabaran yang besar di negara ini. Hal ini kerana, Malaysia pernah mengalami sejarah hitam yang sangat ditakuti oleh ramai pihak. Ianya telah memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat yang berbilang kaum. Sebagai contoh, peristiwa 13 Mei 1969 merupakan tarikh yang bersejarah yang berkaitan tentang isu perkauman. Peristiwa berdarah ini telah menyebabkan negara ini mengisytiharkan darurat akibat rusuhan kaum pada masa itu dan pastinya masyarakat tidak akan melupakan peristiwa ini. Namun, ketiadaan konflik antara etnik tidak bermaksud hubungan etnik di Malaysia sentiasa dalam keadaan tenang dan jernih. Masih terdapat kepicangan yang menjadi cabaran dalam megekalkan hubungan perpaduan di negara ini. Oleh itu, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi dalam mengekalkan perpaduan di Malaysia.Antara manfaat yang dapat kita peroleh  daripadan perpaduan kaum kita dapat memajukan sektor pelancongan negara dengan leih luas dan dapat menarik minat pelancong agar pelancong luar tidak terasa terancam apabila berada di negara kita iaitu negara Malaysia.


  ASPEK POLITIK  
Hal ini kerana politik di dalam negara ini merupakan salah satu elemen yang penting dalam mengekalkan perpaduan di Malaysia. Peranan politik seharusnya melahirkan kerajaan yang telus dan cekap dalam memperjuangkan hak rakyat. Sebagai seorang ahli politik di negara ini tidak sepatutnya menyalahgunakan  tanggungjawab yang diberikan untuk manfaat diri sendiri. Malah, secara ironiknya perkara itulah menjadi tular dalam kalangan ahli politik yang menyebabkan perpecahan. 


  DOMINASI SESEBUAH KAUM DALAM SESUATU BIDANG EKONOMI   
Telah mewujudkan jurang ekonomi antara perkauman .sejak zaman penjajahan british lagi dimana kaum melayu menjadi petani dan nelayan , kaum india diletakkan di ladang di ladang getah dan melakukan perlombongan . setelah kemerdekaan dicapai , berlaku perubahan di mana setiap kaum mendapat peluang pendidikan dan mampu berjaya sekiranya berusaha dengan betul . sektor perniagaan masih didominasikan oleh kaum cina dan kebanyakkan orang india masih tinggal di ladang. Kesannya, perasaan prasangka antara sesama kaum dan menyukarkan proses perpaduan. 


  CABARAN DARI SEGI SOSIAL  
Sistem pendidikan yang diasingkan mengikut kaum telah wujud dan menggalkan kesan yang kurang baik. bahasa merupakan elemen utama untuk berkomunikasi di antara satu sama lain, sekiranya kita tidak fasih untuk berkomunikasi dan memahami individu lain yang berbeza pendapat dengan kita. masyarakat majmuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial terutamanya pendidikan dan berkomunikasi dengan baik maka akan timbul sifat keterbukaan , persefahaman dan toleransi antara satu sama lain. mewujudkan satu aliran dalam sistem pendidikn negara serta penekanan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan dapat menyelesaikan masalah perpaduan kaum yang semakin membelanggu masyarakat hari ini . 


  CABARAN DARI SEGI TEKNOLOGI  
Kemudahan media massa dan sosial yang semakin pantas dalam menyampaikan sesuatu teks atau video telah menunjuk sisi negatifnya. penyebaran fitnah dan berita palsu semakin menular terutama apabila isu tersebut menyentuh sensitiviti perkauman atau agama. setiap individu sepatutnya bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan atau berkongsi sesuatu perkara yang sensitif dan mungkin tidak sahih.ahli masyarakat juga bertanggungjawab menjadi mata-mata pihak berkuasa dimana jika ternampak sesuatu perkara yang akan menimbulkan kemarahan sesebuah kaum atau pengaut agama , wajar untuk kita laporkan kepada pihak polis. 


   KEPENTINGAN PERPADUAN DI MALAYSIA   
Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai halangan yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tidak ditelan zaman.

Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat kesukuan iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri. Semangat ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.

Akhir sekali, kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan pelancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Oleh itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia lebih berkembang maju.


 KESAN PERPADUAN DI MALAYSIA 
Hasil daripada perpaduan kaum ini akan memjadikan negara kita aman, stabil, makmur dan sejahtera. Walau bagaimanapun, diakui masih terdapat perbezaan dalam bentuk adat yang wujud dalam sesebuah masyarakat di negara kita ini. Selain itu, perpaduan di Malaysia amat penting untuk mewujudkan masyarakat yang dinamik. Masyarakat yang dinamik akan mewujudkan kelompok yang harmoni. Di samping itu, perpaduan di Malaysia dapat memajukan ekonomi negara kerana kerjasama yang utuh. Perpaduan di Malaysia ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang saling hormat menghormati antara satu sama lain tidak kira apa jua bangsa dan agama.

  KESIMPULAN  

Oleh itu, perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah negara

berbilang kaum sukar dicapai tanpa pendedahan awal yang berstrategik, persefahaman semua pihak, kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama, di samping menghayati dengan penuh keinsafan, kandungan tersurat dan yang tersirat dalam kesemua prinsip rukun negara. Kini kita berada dalam era globalisasi. Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, perpaduan di Malaysia dapat dikekalkan sampai bila-bila.Sudah terang lagi bersuluh, terdapat banyak kepentingan bahkan mengetahui yang isu semasa seperti covid-19 yang tengah melanda di seluruh dunia ini dapat memupuk serta menunjukkan semangat perpaduan yang sangat baik sama ada masyarakat mahupun negara. 





NAMA PENSYARAH: MOHD FAIZAL B. MAT PESA

NAMA AHLI KUMPULAN:  

1. QASDINA ALYA BINTI ABDULLAH (14DEV20F2013)

2. NURUL LIYANA BINTI SUHAIMI (14DEV20F2010)

3. NUR SYAZWANI BINTI AYUB (14DEV20F2009)

4. HAIREEN NAJWA BINTI KHAMISAN (14DEV20F2016)

15 comments:

  1. πŸ‘πŸ‘πŸ‘ terbaikkk

    ReplyDelete
  2. penerangan yang baik! keep it up.

    ReplyDelete
  3. Terbaik πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  4. Penerangan yang senang difahami dan cukup jelas dan lengkap

    ReplyDelete
  5. Cara penyampaian Yang disampaikan sangat mudah Dan jelas untuk difahami,good job✨

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. penerangan yang jelas. teruskan usaha!

    ReplyDelete
  8. Maklumat padat dan jelas. Sangat membantu πŸ‘πŸΌ

    ReplyDelete
  9. πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  10. isi yg padat, mantapπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete

PERPADUAN DI MALAYSIA - MPU21032

PERPADUAN DI MALAYSIA